Tuesday, March 1, 2011

~~KaTa-KaTa HiKMah~~

Kalau hendakkan sutera, peliharalah ulatnya
Kalau hendakkan mutiara, carilah tiramnya
Kalau hendakkan manikam, gosoklah batunya
Kalau hendakkan ilmu, hormatilah gurunya....

Jawablah....
Seronokkah kita ketawa, jika ada yang menangis?
Seronokkah kita gembira, jika ada yang derita?
Seronokkah kita berpesta, jika ada yang ternganga?
Seronokkah kita angkuh, jika ada yang berkeruh?

Renungkanlah....
Kita nakkan pandai, tapi masih ada yang lalai
Kita nakkan lulus, tapi masih ada yang galus
Kita nakkan bersih, tapi masih ada yang selekeh
Kita nakkan kukuh, tapi masih ada yang rapuh
Kita kata kita boleh, tapi kita diperlekeh-lekeh

Jika menitik, perlu ditadah
Jika ditatang, perlu disokong
Jika semarak, perlu dipadam
Jika kurang, perlu ditokok
Jika lebih, perlu dibahagi
Jika berjaya, perlu bersyukur
Jika dituang, perlu ditakung
Jika disiram, perlu diratakan
Jika bocor, perlu ditampal
Jika banyak, perlu dikongsi
Jika gagal, perlu berusaha.....

Duri yang menikam bukanlah bererti sembilu,
Tetapi hati yang durjana adalah musuh terkedu...

Kalau ingin jadi pendita
Bersedialah untuk jadi hamba
Kerana tiada yang kekal selamanya
Semuanya hak pencipta Yang Maha Esa....

No comments:

Post a Comment