Wednesday, March 2, 2011

KiSaH LuCu YaNG MeNGGeLiKaN HaTi..hua..hua..hua!!!!

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain
Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!



Dilema Seorang Lelaki Bergelar Doktor


Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Kurang ajar!

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini..saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkamah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"



~~ReSePi MeNaMBaT HaTi~~

Aku nak berkongsi resepi turun temurun..cewahhh!!!!Resepi-resepi nie aku da try da hasilnye memuaskan(tgk la tangan sape)..kepada yang nk menambat hati sibuah hati, bakal mak mertua or sape2 je la try la resepi-resepi nie...Insyallah mereka semua akan jatuh hati pada anda...blm cube blm tahu, bile rase hari-hari mahu..selamat mencuba:-)

CHEESE CAKE


Bahan-bahan ( 18 cm )
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
Cara-cara
  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper).
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

 MEE KARI SPECIAL


Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • mee kuning - celur sekejap
  • 300g potongan ayam/daging
  • 200g udang segar
  • *1-1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu besar pes kari daging
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1-2 ketul kiub ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • santan pekat
  • air
  • fish ball/fish cake
  • tauhu pok
  • kerang rebus - jika ada
  • garam, perisa/gula (jika suka)
  • >>Bahan-bahan sampingan<<
  • sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
  • taugeh - buang ekor
  • telur rebus - belah dua
  • tauhu goreng - hiris nipis
  • bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
  • limau kasturi / limau nipis
  • sambal tumis

Cara-cara

  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air, rebus hingga empuk.
  4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam, asam gelugur dan juga santan, didihkan sebentar.
  5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok, kerisik, garam dan juga perisa/gula jika suka.
  6. Didihkan lagi sekali, tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas!

Nie kek yang paling aku suke...dulu pandai makan je skrg nie da pandai buat..jgn lupe mencube senang sangat2 nk buat...

KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 2/3 cawan tepung gandum (resepi asal 1 ¼ cwn)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.
-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.
-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.

CHOCOLATE GANACHE
Bahan2
25g glukos cair
250 g whipping cream
25 g mentega
250 g coklat masakan – potong kiub2 kecil
sedikit vanilla

Cara2
Panaskan glukos cair, whipping cream, vanilla & mentega. Matikan api.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat larut.

SeLaMaT MeNCuBa!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

~~KaTa-KaTa HiKMah~~

Kalau hendakkan sutera, peliharalah ulatnya
Kalau hendakkan mutiara, carilah tiramnya
Kalau hendakkan manikam, gosoklah batunya
Kalau hendakkan ilmu, hormatilah gurunya....

Jawablah....
Seronokkah kita ketawa, jika ada yang menangis?
Seronokkah kita gembira, jika ada yang derita?
Seronokkah kita berpesta, jika ada yang ternganga?
Seronokkah kita angkuh, jika ada yang berkeruh?

Renungkanlah....
Kita nakkan pandai, tapi masih ada yang lalai
Kita nakkan lulus, tapi masih ada yang galus
Kita nakkan bersih, tapi masih ada yang selekeh
Kita nakkan kukuh, tapi masih ada yang rapuh
Kita kata kita boleh, tapi kita diperlekeh-lekeh

Jika menitik, perlu ditadah
Jika ditatang, perlu disokong
Jika semarak, perlu dipadam
Jika kurang, perlu ditokok
Jika lebih, perlu dibahagi
Jika berjaya, perlu bersyukur
Jika dituang, perlu ditakung
Jika disiram, perlu diratakan
Jika bocor, perlu ditampal
Jika banyak, perlu dikongsi
Jika gagal, perlu berusaha.....

Duri yang menikam bukanlah bererti sembilu,
Tetapi hati yang durjana adalah musuh terkedu...

Kalau ingin jadi pendita
Bersedialah untuk jadi hamba
Kerana tiada yang kekal selamanya
Semuanya hak pencipta Yang Maha Esa....

Sunday, February 20, 2011

~~TeNGGiLiNG KaMi Yg SeDia BeRKHiDMaT~~

*tenggiling nie telah berkhidmat kepada kami dari dulu hingga kini*

~~yamaha LC~~

~~proton saga~~

Saturday, February 19, 2011

BeZDaY My LoVe

~~suka suki 25th anniversary CiNTa HaTiKu~~13 Januari 2011
kami sambut bezday nie kat kfc kota damansara dalam keadaan yang tergesa2...mklumla die habis keje lewat...g cari kek at king's nsib bek x tutup lg...tgk pnye tgk berkenan lak kat mocca cake...beli je la...then trus grak g kfc 24jam...tepat 12.00 am dgn banggenye die meniup lilin...hahahhaha da tue kamu syg...~~

~~wt gaye mnje lak~~
~~mocca cake~~
~~sonoknye die~~

~~tumpang sekaki~~

~~CoReTaN DaRi Hati SeoRaNG WaNiTa~~

~~AKU WANITA BIASA~~

Kepadamu yang akan memiliki ku kelak....

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku akan berbuat salah dan tidak sempurna...maka ku mohon kepadamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah kepadaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padmu...Duhai kau yang akan memilikiku kelak...Ingatlah tidak akan aku cantik dimatamu, adakalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk kau dan anak-anak kita nanti Insya'Allah. Maka aku akan tampak kotor dan tidak bermaya. atau keran seharian aku harus menguruskan istana kecil kita, agar kau dan anak-anak kita dapat tinggal dengan aman dan selesa. Mungkin juga aku tidak sempat menghias diri untuk menyambut kepulangan mu dari tempat kerja. Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluah dan ceritamu, bukan kerana aku tidak suka menjadi tempatmu meluahkan segala isi hatimu, tetapi kerana semalam saat kau tidur dengan nyenyak, aku tidak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit dan aku tahu kau terlalu letih mencari rezeki maka tidak ingin aku mengusik tidurmu...Jadi jika esok kau dapati aku begitu letih dan ada lingkaran hitam dimataku, maka tataplah dengan senyuman padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang akan menjadi nakhoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah aku tidak sesabar Fatimah, adakalanya kau akan menemukan aku begitu marah, bukan keran aku membangkang padamu, tetapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk meluahkan beban hatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tidak menemukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang kuperlukan hanya pelukan dan belaianmu, kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku ataukah adakalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekkannya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya tapi kadang-kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka janganlah kau memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita tapi cukuplah kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang ditelingaku kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai segala yang telah ku lakukan untuk kalian dan kau akan menemukan aku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang kuberikan padanya dan aku berjanji tidak akan mengulanginya....

Padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku kelak....

Ketahuilah aku tidak secerdas Aisyah....Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke jalanNya walau kadang kala aku begitu bebal dan bodoh, tapi janganlah pernah letih mengajarku... Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat kepada Kekasih yang Maha Kasih. Jngan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNya agar kau dan aku tetap bersatu didalamnya...

Padamu yang akan menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku....

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan mulai memutih... Kulitku yang bersih dan muda mulai dimamah usia. Tanganku yang halus akan menjadi kasar dan kau tidak akan menemukanku sebagai wanita cantik yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu... Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu... Maka janganlah kau berpaling dariku.... Kerana satu yang tidak pernah berubah bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah iaitu rasa cinta kepadamu... Ketahuilah tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan sealalu jatuh cinta kepadamu... Maka cintailah aku dengan apa adanya aku... Jangan lah berharap aku menjadi yang sempurna.... Maafkan aku keran aku bukan puteri... Aku hanya wanita biasa........


 
~~MaWaR BeRDuRi~~

Friday, February 18, 2011

~~My FRenZZZ WeDDiNG~~

NAZURA & HAYKAL
~~nie time nikah selamat suda~~
    Alhamdulillah..
pengantin bertanya kepadaku..bile turn ko lak??


 
    ~~diatas pelamin nan indah~~        ~~persandingan diluar rumah~~

 ~~aku & mempelai~~
 ~~hati2 ye nti jatuh malu~~


FIZRI & LYN
~~merpati dua sejoli~~

~~dirumah pengantin prmpuan~~

                                                                                
 
~~persandingan dirumah pengantin lelaki~~

~~kehenseman & kecomelan terserlah~~

~~gambar-gambar diaatas adalah kenangan aku dan die menjadi pengapit member masing-masing...So, jgn tnye bile turn kami lak...Insyallah law ada jodoh kami akan bersatu, cepat ngan lambat je la...Ape pn nie adalah kenangan terindah kami...hihihihi aku berharap jodoh aku nagn die berpanjangan agar kami juga akan merasai seperti mane member2 kami yang sudah sampai ke alam perkahwinan:-)~~